Wednesday, December 3, 2014

Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja




Susui bayi anda sekurang-kurangnya 5 - 6 bulan pertama selepas kelahiran. Kebanyakan ibu perlu kembali bekerja selepas 2 bulan. Jadi, bagaimanakah anda dapat terus menyusu bayi3 Majikan anda mungkin menyediakan bilik asuhan untuk bayi-bayi pekerjanya. Jika demikian, bawalah bayi anda bersama ke tempat kerja. Andainya ini tidak mungkin,anda masih boleh memberi bayi susu ibu. Berikut adalah beberapa panduan kasar untuk membantu anda :

Bilakah masa yang sesuai untuk memerah susu :

·       Berlatihlah memerah susu dengan tangan atau pam satu atau dua minggu sebelum mula bekerja.Anda boleh melakukannya pada bila-bila saja.
·       Selepas menyusu, parah susu yang selebihnya dan simpan dalam bekas atau botol yang bersih.
·       Anda boleh juga memerah dan menyimpan susu setiap kali selepas menyusu jika buah dada anda terasa berat dan penuh atau jika susu meleleh kelctar.
·       Melalui latihan, anda dapat menentukan berapa banyak susu yang perlu ditinggalkan kelak.
·       Adalah penting untuk anda memerah buah dada di tempat kerja setiap 3 - 4 jam. Susu yang diperah bolah disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi keesokan harinya.

Selepas berlatih selama dua minggu, anda mungkin dapati anda dapat memerah sebanyak empat botol susu sehari dengan 70 - 90ml sebotol.

Bagaimana menyimpan susu ibu yang telah diperah :

·       Selapas memerah susu ibu ke dalam bekas yang bersih, segera simpan dalam peti sejuk atau bekas yang mengandungi ais. Susu ini handaklah digunakan dalam masa 24 - 48 jam.
·       Jika tiada peti sejuk atau bekas yang mangandungi ais, simpan susu perahan di tempat yang sejuk sahingga lapan jam.
·       Jangan sekali-kali mencampurkan susu yang baru diperah dengan susu perahan yang telah disimpan.


Bagaimana menggunakan susu ibu yang telah disimpan :

·       Sebelum digunakan, biarkan susu tersabut kembali ke suhu bilik. Jika perlu, masukkan bekas dengan susu berkenaan dalam semangkuk air panas.
·       Jangan sekali-kali memasak susu ibu.
·       Andainya tugas anda memerlukan anda keluar rumah selama beberapa hari, anda bolehlah membekukan susu perahan anda dalam baberapa bekas dalam kuantiti yang sedikit. Untuk mancairkannya, pegang bakasnya di bawah air mengalir. Seterusnya,perlahan·lahan panaskan susu dalam mangkuk mengandungi air panas sehingga ia mencapai suhu bilik.
·       Jangan sekali-kali membekukan semula susu yang telah dicairkan.
·       Biarkan pengasuh bayi anda berlatih menyusukan bayi dengan susu ibu yang telah diperah.
·       INGAT ! Untuk mengekalkan bekalan susu anda, anda perlu menyusu bayi atau memerah susu anda sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Oleh itu, teruskan menyusu bayi anda selepas kerja, di waktu malam dan pada hari-hari cuti dan jangan lupa memerah susu bila berada di pejabat.

Dari Laman Web Hospital Mersing -http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/index.html )



Saya adalah pengedar sah shaklee kawasan Damansara Damai. Hubungi saya untuk mendapatkan product shaklee anda pada hari ini. 
Idailani Abdul Ghani (ID 888807)
No Tel: 016-3600977
Email: idailaniabdulghani@gmail.com
COD area: Damansara Damai, Kota Damansara, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara


Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos. 



Wednesday, November 19, 2014

APA ITU OMEGA 3. & APA FAEDAHNYA KEPADA KESIHATAN ?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:
1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3. Alpha Linolenic Acid (ALA)
Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3.
Anda tidak perlu mengingati semua nama yang disebutkan. Yang penting sekali, anda tahu ianya adalah Omega 3 dan khasiatnya untuk kesihatan anda. Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari. Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik.
Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Saya adalah pengedar sah shaklee kawasan Damansara Damai. Hubungi saya untuk mendapatkan product shaklee anda pada hari ini. 
Idailani Abdul Ghani (ID 888807)
No Tel: 016-3600977
Email: idailaniabdulghani@gmail.com
COD area: Damansara Damai, Kota Damansara, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara

Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos. 

Omega Guard ; Minyak Ikan (Fish Oil)

Apa itu Omega Guard?

Anak anda suka makan suplemen minyak ikan?

Jika "YA!", apa kata anda cuba suplemen minyak ikan keluaran Shaklee yang dikenali sebagai Shaklee OmegaGuard? Tidak seperti kebanyakan minyak ikan yang berada di pasaran, Shaklee OmegaGuard tidak berbau hanyir, dan enak dikunyah begitu sahaja.

Percayalah cakap saya, kami suami isteri terpaksa menyorokkan botol OmegaGuard di rumah di tempat yang tinggi kerana khuatir anak-anak akan mengambil suplemen minyak ikan yang sedap ini tanpa pengetahuan kami! Begitu sekali sukanya anak-anak saya menikmati suplemen Omega ini dengan dikunyah begitu sahaja, lagak orang dewasa mengunyah gula-gula getah!




Khasiat minyak ikan sudah diketahui umum amat baik untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, melawan kolesterol tidak baik (LDL), meningkatkan kolesterol baik (HDL), membantu pesakit sendi, dan amat baik untuk pertumbuhan otak kanak-kanak.

Jika tidak, masakan ibu-ibu mengandung yang sudah memasuki trimester kedua dan ketiga juga turut digalakkan untuk mengambil suplemen minyak ikan. Bukan sekadar untuk kawal kolesterol di dalam badan sendiri, malah, dengan harapan dapat membantu pertumbuhan otak bayi di dalam kandungan.

Protect Your Heart*
OmegaGuard provides full-spectrum potency of ultrapure, pharmaceutical grade omega 3 fatty acids.

Helps Reduce the Risk of Heart Disease*
Supportive but not conclusive research shows that consumption of EPA and DHA omega-3 fatty acids may reduce the risk of coronary heart disease.
Research also shows that high levels of omega-3 fatty acids promote cardiovascular health and help retain normal blood pressure and triglyceride levels. In addition, omega-3s support healthy brain, vision and joint function.*

Ultra-pure and Pharmaceutical Grade
OmegaGuard is made with a proprietary, triple molecular distillation process that concentrates the natural beneficial omega-3 fatty acids while removing harmful compounds like mercury and lead that are found in many types of fish.*

The World’s Finest Fish Oil
Contains a full spectrum of seven naturally occurring omega-3 fatty acids: EPA, DHA, ALA, and more. EPA benefits your heart and joints, while DHA is critical for brain development and function.*

Source : Shaklee Malaysia
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Perhatian:
Sila dapatkan panduan pemakanan OmegaGuard untuk kanak-kanak, ibu mengandung mahupun dewasa daripada pengedar Shaklee anda yang sah!


Saya adalah pengedar sah shaklee kawasan Damansara Damai. Hubungi saya untuk mendapatkan product shaklee anda pada hari ini. 
Idailani Abdul Ghani (ID 888807)
No Tel: 016-3600977
Email: idailaniabdulghani@gmail.com
COD area: Damansara Damai, Kota Damansara, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara


Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos. 

Kelebihan dan Keistimewaan Omega Guard Shaklee

Mengapa pilih Omega Guard Shaklee?


Assalamualaikum dan salam ceria semua! Pejam celik pejam celik dah pertengahan bulan November. Harap semua diberi kesihatan yang baik.

Seperti yang kita tahu promosi bulan November 2014 adalah Omega Guard Shaklee ! Beli 6 botol, percuma 1 botol. dan yang paling best bulan ni juga ada promosi Double Pack Omega Guard Shaklee Best tak?

omega guard shaklee minyak ikan terbaik

Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3


Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee -DHA dan EPA


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia



Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

 Kanak-kanak


  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurnapenyulingan 3 peringkatsecara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 

Jom kita dapatkan Omega Guard Shaklee ini untuk kegunaan sekeluarga!


Saya adalah pengedar sah shaklee kawasan Damansara Damai. Hubungi saya untuk mendapatkan product shaklee anda pada hari ini. 
Idailani Abdul Ghani (ID 888807)
No Tel: 016-3600977
Email: idailaniabdulghani@gmail.com
COD area: Damansara Damai, Kota Damansara, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos. 

Tuesday, October 21, 2014

Konsep Demand And Supply Dalam Penyusuan


 Stock EBM semasa berpantang anak ke-4
Seringkali saya ditanya oleh ibu-ibu, bagaimana nak banyakkan susu badan?
“Apakah produk untuk tambah susu badan? susu saya sikitlaa… baby tak kenyang, asyik nangis jer. Bila bagi susu, baby minum tergopoh gapah, breast saya pun ringan jer, kempis :( sampai sakit puting saya sebab baby duk ngempeng je!”
— “Ada tak produk tambah susu badan?”
Inilah soalan yang sering ibu-ibu ajukan kepada saya.
Wahai ibu-ibu, sebenarnya TIDAK ada produk atau ubat yang boleh memperbanyakkan susu badan!
Konsep asas dalam menjayakan penyusuan ialah DEMAND AND SUPPLY!
Inilah satu-satunya cara untuk memperbanyakkan susu badan.

APAKAH KONSEP DEMAND AND SUPPLY?

Demand And Supply ialah Konsep Permintaan dan Bekalan. The more demand, the more milk will be supplied.
Semakin kerap payudara kita dirangsang (bayi menyusu, payudara dipam atau diperah), semakin banyaklah susu akan dihasilkan.
Jadi, YAKINlah bahawa susu yang dihasilkan oleh badan anda itu CUKUP untuk bayi anda.
Dengan konsep supply ini, yang penting sekali ialah
“Berapa banyak susu yang bayi perlukan.”
BUKAN
“Berapa banyak susu yang ibu ada.”

YAKINlah bahawa payudara si ibu akan sentiasa menghasilkan susu selagi bayinya memerlukannya.

TEKNIK LEKAPAN SEMPURNA

Teknik Lekapan Yang Betul
Ibu tidak dapat memberi kepuasan kepada bayi dalam penyusuan sekiranya cara lekapan salah.
Ini boleh menyebabkan bayi tidak puas menyusu dan kelihatan seperti tidak kenyang.
Ibu pula akan berandaian bayinya TIDAK CUKUP SUSU.
Cara lekapan yang salah pada mulanya akan menyebabkan susu tidak dapat diminum oleh bayi. Lama kelamaan susu ibu itu sendiri akan berkurangan.
Oleh itu, pastikan lekapan mulut bayi pada puting payudara anda betul.

ANDAIAN

Ibu juga selalu berandaian apabila payudaranya telah kosong, rasa ringan, tidak penuh dan tidak tegang seperti dalam tempoh berpantang dahulu, maka susu telah berkurangan.
YAKINlah bahawa susu anda CUKUP kerana kuantiti susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan anak dari masa ke semasa.
Apa perlu ibu lakukan? Sentiasa kosongkan payudara. Ini kerana semakin ibu kerap mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan terhasil.
Tubuh badan manusia bertindak mengikut keperluan, melalui rangsangan yang diberikan kepadanya.

RANGSANGAN

Ibu yang bekerja boleh memulakan aktiviti mengempam dalam tempoh seminggu selepas bersalin lagi.
Ini kerana dalam tempoh berpantang, penghasilan susu adalah sangat banyak (massive).
Ibu juga mempunyai banyak masa pada waktu cuti berpantang, untuk mengumpul stok untuk keperluan bayi apabila masuk kerja nanti.
Ibu boleh biasakan diri mengempam menggunakan kaedah tandem nursing iaitu sebelah payudara menyusui bayi dan sebelah lagi mengempam.
Dengan kaedah ini, susu akan lebih banyak lagi terhasil.
Selain itu, ibu juga digalakkan menggunakan pam jenis double iaitu dapat mengempam kedua-dua belah payudara serentak. Hasilnya pasti memberangsangkan! :)
Selepas ibu memahami konsep Demand And Supply ini, barulah ibu boleh mengambil produk tambah susu bagi menjayakan penyusuan susu ibu selama lebih 2 tahun atau mengikut keperluan anak.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan konsep demand and supply dalam penyusuan ini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Idailani Binti Abdul Ghani
♥ sms/whatsApp: 016-3600977
♥ Emel : idailaniabdulghani@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/onestop.babyshop/  sila klik LIKE utk info terkini

Tips mengelakkan masalah susu kering seawal waktu pantang


Tips mengelakkan masalah susu kering seawal waktu pantang
1)Fahami konsep perut bayi hanya sebesar guli di awal kelahiran. Memang cukup susu yang kita hasilkan walaupun tak memancut- mancut.
2)Fahami konsep susu ibu ni mudah hadam. Sebab tu lah bayi cepat meminta susu dan kerap sangat menyusu.
3)Fahami konsep supply and demand. Bila bayi nak menyusu, terus susu kan. Jangan tangguh- tangguh. Lepas bayi menyusu, pam payudara untuk pastikan payudara tu betul- betul kosong. Bila betul- betul kosong, otak akan terima signal untuk cepat- cepat hasilkan susu semula
4)Jika bayi yang baru lahir terus tidur (ni biasa fenomena untuk bayi yang ibu ambil epidural semasa bersalin, atau bayi yang terkena jaundice yang teruk), ibu perlu perah susu, menggunakan kaedah Marmet. kenapa kaedah Marmet (perahan tangan)?. Kenapa bukan menggunakan pam? Ini disebabkan oleh rangsangan terbaik untuk payudara adalah yang pertama, dari bayi sendiri. Kedua melalui kaedah marmet (perahan tangan), ketiga baru menggunakan pam yang dibeli. Perah, simpan dan susukan bila bayi bangun.
5)Jangan sesekali kenalkan susu formula. Ia akan mengganggu rutin dan penerimaan bayi terhadap susu ibu.
6)Jangan kenalkan botol susu terlalu awal. Kalau tak boleh langsung nak susukan bayi secara direct, guna kaedah "spoon feeding", iaitu kaedah memberi susu kepada bayi menggunakan sudu. Ini untuk mengelakkan "nipple confusion".

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Idailani Binti Abdul Ghani
♥ sms/whatsApp: 016-3600977
♥ Emel : idailaniabdulghani@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/onestop.babyshop/  sila klik LIKE utk info terkini

Monday, October 20, 2014

Keajaiban Susu Ibu Yang Tiada Tandingan



Penghasilan susu ibu ditentukan oleh sejenis hormon di dalam badan ibu, iaitu hormon prolaktin. Hormon ini dirembeskan oleh kalenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung, hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik saja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin terus meningkat. Peningkatan hormon prolaktin seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seseorang bayi.


Fenomena hebat dan ajaib ini telah disusun oleh Allah s.w.t. supaya nutrisi yang sangat bernilai ini disediakan tepat pada masanya apabila bayi memerlukannya, iaitu sebaik saja dilahirkan. Semasa di dalam kandungan, plasenta memainkan peranan untuk membekalkan segala nutrisi dan keperluan lain kepada bayi. selepas dilahirkan, bayi akan terpisah dengan plasentanya dan Allah s.w.t. telah menggantikan dengan sesuatu yang baru sebagai sumber nutrisi mereka, iaitu susu Ibu. (Sesungguhnya Allah Maha Pemurah)

Para saintis telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghasilkan satu formula nutrisi yang menyamai susu ibu, namun tidak berjaya. Ini kerana setiap ibu menghasilkan susu yang berlainan antara satu sama lain. Antibodi, hormon, vitamin-vitamin dan garam mineral di dalam setiap susu ibu bergantung kepada keperluan bayi susuannya. (Maha Hebat Ciptaan Allah).

Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. Dari darah yang merah yang mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah ibu, bercampur dengan zat-zat makanan dari usus, kemudian diproseskan di kalenjar-kalenjar yang terletak di payudara ibu, seterusnya berupaya menhasilkan satu nutrisi yang begitu hebat sekali.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Idailani Binti Abdul Ghani
♥ sms/whatsApp: 016-3600977
♥ Emel : idailaniabdulghani@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/onestop.babyshop/  sila klik LIKE utk info terkini