Monday, January 12, 2015

Kebaikan Dan Kelebihan Alfalfa

Assalamualaikum w.b.t,


Di Malaysia, antara tumbuhan herba yang popular ialah misai kuching, kacip fatimah, tongkat
ali, ginseng dan  sebagainya.. Bagaimana pula dengan tumbuhan herba alfalfa? Ada sesetengah 
orang kurang mengenali tumbuhan herba alfalfa sedangkan alfalfa telah lama wujud lebih dari 
2500 tahun dahulu.. Mungkin juga kerana tumbuhan ini tidak di tanam di Malaysia.. Tapi 
khasiat alfalfa dikatakan dapat memperbaiki dan menjaga tahap kesihatan..

Sumber Vitamin dan Mineral Alfalfa Shaklee

Alfalfa Complex

Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam alfalfa ialah:-

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam 
saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan 
adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan 
pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi
imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan 
membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; 
menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang 
kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu 
diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Manakala kandungan mineral yang terdapat di dalam alfalfa:- 

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu 
dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di 
dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests 
lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan 
tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; 
mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, 
menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; 
melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain keistimewaan alfalfa pula ialah:-
Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu 
dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan 
keletihan dan kelesuan)

_______________________________________________________________________________
Jika dilihat pada kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam alfalfa tidak 
hairanlah ianya memberi pelbagai manfaat untuk meningkatkan kesihatan.. Tapi harus diingat, 
tidak semua tanaman alfalfa mengandungi khasiat yang sama.. Kita kena ambil tahu cara 
tanaman alfalfa, bahagian mana yang diambil, cara pemprosesan dan sebagainya..

Siapa perlukan khasiat Alfalfa Shaklee?

1.Mereka yang ingin menyingkirkan sisa toksin di dalam badan (detoksifikasi)
2. Mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi
3. Mereka yang mengidap penyakit kencing manis
4. Mereka yang mempunyai masalah sakit sendi
5. Mereka yang mempunyai masalah pundi kencing (kencing tidak lawa, batu karang)
6. Mereka yang mempunyai masalah asthma
7. Mereka yang mempunyai masalah gastrik
8. Mereka yang mempunyai masalah bau badan yang sangat kuat
9. Mereka yang mempunyai masalah dengan bau mulut
10. Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan wanita seperti keputihan, sakit 
ketika bersama, merapatkan miss ‘V’
11.  Golongan ibu menyusu yang mempunyai masalah penghasilan susu badan
12. Golongan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan lelaki seperti kelenjar prostate, tahan 
lama dan sebagainya


AMARAN!

Tidak semua orang boleh mengambil alfalfa..  Jika mempunyai penyakit SLE, alfalfa 
boleh menyebabkan masalah bertambah teruk..
Oleh kerana alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen maka pesakit yang 
mengidap kanser seperti kanser payu dara,  kanser ovari serta fiborids  tidak digalakkan untuk
 ambil walaupun alfalfa membantu dalam melawan sel kanser..
Dan bagi mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin juga tidak digalakkan 
ambil alfalfa.. Ini kerana kandungan vitamin K didalam alfalfa sangat tinggi yang membantu 
di dalam memekatkan darah.. Jika diambil bersama dikhuatiri akan menyebabkan ubat warfarin 
tidak berkesan..

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee kawasan Damansara Damai. Hubungi saya untuk
 mendapatkan product shaklee anda pada hari ini. 
Idailani Abdul Ghani (ID 888807)
No Tel: 016-3600977
Email: idailaniabdulghani@gmail.com
COD area: Damansara Damai, Kota Damansara, Bandar 
Sri Damansara, Kota Damansara
..p/s: Promosi Alfalfa bulan Januari 2015.. Berbaloi-baloi 
kalau beli masa promosi.. :)

Monday, January 5, 2015

5 Sebab Kenapa Ibu Menyusu Perlukan Protein

Protein merupakan salah-satu sumber makanan yang sangat penting bagi proses pertumbuhan badan yang sihat. Apabila tubuh seseorang gagal mendapatkan sumber protein yang secukupnya, maka ia berkemungkinan untuk menghadapi beberapa simptom yang boleh mengganggu masalah kesihatan. Namun, adakah pengambilan protein ini juga boleh diambil dalam kuantiti berlebihan? Bahkan, mengapakah ibu menyusu tidak boleh mengabaikan pengambilan protein sepanjang sesi penyusuan mereka? Anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan isu ini? Teruskan bacaan anda..

5 Sebab Kenapa Ibu Menyusu Perlukan Protein 
kerana:

1) Keperluan kalori lebih dari wanita biasa

Ibu menyusu memerlukan kalori lebih banyak daripada keperluan ibu tidak menyusu. Oleh yang demikian, protein sangat penting dalam membantu memmberikan kalori yang mencukupi kepada tubuh ibu menyusu

2) Memberikan tenaga extra kepada tubuh ibu menyusu

Letih, badan kurang bertenaga, kadangkala jatuh sakit merupakan perkara normal yang biasa terjadi bagi ibu menyusu. Kadangkala faktor keletihan bangun di waktu malam, kurang tidur menjadi punca kepada masalah kesihatan ibu menyusu. Oleh yang demikian, pengambilan protein untuk tenaga perlu diambil dengan kadar yang mencukupi. 

3) Penyembuhan luka lebih cepat

Sudah pastinya penyusuan secara terus dari tubuh akan bermula sejurus selepas kelahiran. Dan sudah pastinya juga ibu menyusu tersebut masih lagi berada dalam fasa kesakitan akibat kelahiran, keletihan dan proses penyembuhan luka yang baru saja bermula. Pengambilan protein sangat membantu dalam proses penyembuhan luka lebih cepat kerana protein bertindak membina sel-sel baru tubuh. 

4)  Imunisasi dan pertahanan tubuh

Ibu menyusu memerlukan imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding ibu biasa. Ini kerana andai imunisasi tubuh ibu menyusu lemah dan sering jatuh sakit, ia juga turut mengganggu penghasilan susu ibu sekaligus mengganggu juga penyusuan anak secara eksklusif. 

5) Keperluan protein yang mencukupi untuk tubuh anak

Penyusuan secara terus ini juga menjadi titik tolak kepada keperluan zat dan protein yang mencukupi bagi tubuh anak kerana semuanya bergantung kepada pengambilan ibu menyusu itu sendiri. 



Anda inginkan tips pemakanan ibu menyusu? Klik di sini untuk tips yang mudah dan berkesan..


Bagaimanakah ibu menyusu boleh mendapatkan keperluan protein ini?


Antara sumber protein yang boleh diperolehi adalah melalui pengambilan ikan, daging merah, keju, gandum, bayam, soya dan macam-macam lagi makanan lain. 

Kepentingan protein dalam diet harian


Apakah pilihan Protein saya seisi keluarga selain daripada pengambilan protein harian?


Sudah tentunya Soy Protein Energizing (ESP) Shaklee.

Energizing Soy Protein membantu penyusuan lebih mudah

Makanan tambahan ESP ini bukan saya jadikan sebagai pengganti kepada makanan utama, tetapi 
ianya merupakan sebagai pelengkap kepada pemakanan harian yang mungkin tidak mencukupi pengambilannya tanpa saya sedari.

Bagaimanakah ESP ini juga dapat membantu memenuhi keperluan protein ibu menyusu?

* Memberikan tenaga yang berterusan kepada ibu menyusu
* Memberikan rasa kenyang lebih lama berbanding biasa. Tapi ini bukan bermakna anda tidak 
perlu mengambil makanan lain. Sebagai contoh, anda mungkin boleh menggantikan pengambilan nasi di tengah malam saat anda lapar dengan ESP ini yang lebih rendah lemak dan tanpa kolestral yang boleh menjadi punca kegemukan.
* Memulihkan luka dengan lebih cepat
* Mengatasi masalah stretchmark kesan daripada kehamilan
* Memberikan kesihatan kepada kulit wajah serta mengatasi masalah jerawat.
* Kandungan glimeks yang rendah yang dapat mengawal kandungan gula dalam darah.
* Memberikan kepekatan kepada susu ibu.
* Membantu menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap kolestral normal.
* Membina otot yang sihat sekaligus membantu penurunan berat badan
* Meningkatkan kadar metabolisme tubuh

Bahkan, ianya juga boleh dijadikan sebagai minuman kegemaran harian anda samada anda 
ingin mencampurkan dengan jus pilihan anda seperti oren, epal, coklat dan sebagainya. 

Saya adalah pengedar sah shaklee kawasan Damansara Damai. Hubungi saya untuk mendapatkan product shaklee 
anda pada hari ini. 
Idailani Abdul Ghani (ID 888807)
No Tel: 016-3600977
Email: idailaniabdulghani@gmail.com
COD area: Damansara Damai, Kota Damansara, Bandar Sri Damansara, 
Kota Damansara

Friday, January 2, 2015

GLA Complex


Minyak Borej, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E


GLA Complex Shaklee menggabungkan khasiat minyak borej, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Ia mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid: Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil

DTX™ Complex


Shaklee DTX™ Complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok.
  • Digunakan secara tradisional sebagai tonik hati*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

NutriFeron®


Satu-satunya suplemen hasil penyelidikan pakar imun terkemuka, Dr. Yasuhiko Kojima.


Hasil Penyelidikan Melebihi 40 Tahun
Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas menjalankan pelbagai penyaringan, uji kaji dan penilaian terhadap ribuan sebatian dan lebih 200 herba yang berlainan.
Nutriferon® mengandungi campuran proprietari ekstrak tumbuhan semula jadi daripada biji labu, benih plantago, bunga bebuas Jepun dan bunga kesumba.
Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Peppermint-Ginger Plus


Segar dan Melegakan


Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.
Pudina pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.
Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Herb-Lax™


Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*

Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

OsteMatrix™

Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.
Bukan Sekadar Kalsium
OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Advanced Joint Health Tablet

Mengaktifkan pergerakan dan kelancaran sendi


Shaklee Joint Health Tablet:
  • Ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat
  • Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi
  • Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi
  • Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.

CarotoMax®


Rumusan Enam Karotenoid Paling Berkhasiat


Carotomax® ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. Makanan harian anda sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini!
Carotomax® mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga dunaliellasalina.
  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu*
  • Memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Collagen Powder

Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat


Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.
Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.

Zinc Complex

Zink ialah mineral penting yang terkandung dalam setiap sel tubuh kita. Ia mengaktifkan tindakan hampir100 jenis enzim, iaitu bahan-bahan pencetus tindak balas biokimia dalam tubuh anda.
Menyokong dan Mengekalkan Kesihatan
Zink Complex Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vita-E Complex®

Vita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E.
Setiap kapsul sofgel menyediakan:
  • 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium.
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang baik
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Lecithin


Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.
Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg

Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.
Vitamin C tambahan diperlukan oleh wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi kerana diet sahaja tidak dapat memberikan tahap vitamin C yang mencukupi.
Chewable Vita-C dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sustained Release Vita-C™ Plus

Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari


Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.
Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vivix®


Penemuan Revolusioner oleh Shaklee


Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.
Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.

Meal Shakes


Hidangan lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
  • Sarapan segera penuh berkhasiat
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium
Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan dala
Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Phytocol-ST™

Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol


Phytocol-ST ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol
  • Membekalkan 2,000mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

CoQHealth™ Plus

CoQHealth™ Plus menampilkan adunan proprietari serba semula jadi iaitu 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih baik.
CoQ10 telah terbukti mampu:
  • Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Help to replenish and maintain CoQ10 levels in the blood
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.