Tuesday, October 21, 2014

Konsep Demand And Supply Dalam Penyusuan


 Stock EBM semasa berpantang anak ke-4
Seringkali saya ditanya oleh ibu-ibu, bagaimana nak banyakkan susu badan?
“Apakah produk untuk tambah susu badan? susu saya sikitlaa… baby tak kenyang, asyik nangis jer. Bila bagi susu, baby minum tergopoh gapah, breast saya pun ringan jer, kempis :( sampai sakit puting saya sebab baby duk ngempeng je!”
— “Ada tak produk tambah susu badan?”
Inilah soalan yang sering ibu-ibu ajukan kepada saya.
Wahai ibu-ibu, sebenarnya TIDAK ada produk atau ubat yang boleh memperbanyakkan susu badan!
Konsep asas dalam menjayakan penyusuan ialah DEMAND AND SUPPLY!
Inilah satu-satunya cara untuk memperbanyakkan susu badan.

APAKAH KONSEP DEMAND AND SUPPLY?

Demand And Supply ialah Konsep Permintaan dan Bekalan. The more demand, the more milk will be supplied.
Semakin kerap payudara kita dirangsang (bayi menyusu, payudara dipam atau diperah), semakin banyaklah susu akan dihasilkan.
Jadi, YAKINlah bahawa susu yang dihasilkan oleh badan anda itu CUKUP untuk bayi anda.
Dengan konsep supply ini, yang penting sekali ialah
“Berapa banyak susu yang bayi perlukan.”
BUKAN
“Berapa banyak susu yang ibu ada.”

YAKINlah bahawa payudara si ibu akan sentiasa menghasilkan susu selagi bayinya memerlukannya.

TEKNIK LEKAPAN SEMPURNA

Teknik Lekapan Yang Betul
Ibu tidak dapat memberi kepuasan kepada bayi dalam penyusuan sekiranya cara lekapan salah.
Ini boleh menyebabkan bayi tidak puas menyusu dan kelihatan seperti tidak kenyang.
Ibu pula akan berandaian bayinya TIDAK CUKUP SUSU.
Cara lekapan yang salah pada mulanya akan menyebabkan susu tidak dapat diminum oleh bayi. Lama kelamaan susu ibu itu sendiri akan berkurangan.
Oleh itu, pastikan lekapan mulut bayi pada puting payudara anda betul.

ANDAIAN

Ibu juga selalu berandaian apabila payudaranya telah kosong, rasa ringan, tidak penuh dan tidak tegang seperti dalam tempoh berpantang dahulu, maka susu telah berkurangan.
YAKINlah bahawa susu anda CUKUP kerana kuantiti susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan anak dari masa ke semasa.
Apa perlu ibu lakukan? Sentiasa kosongkan payudara. Ini kerana semakin ibu kerap mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan terhasil.
Tubuh badan manusia bertindak mengikut keperluan, melalui rangsangan yang diberikan kepadanya.

RANGSANGAN

Ibu yang bekerja boleh memulakan aktiviti mengempam dalam tempoh seminggu selepas bersalin lagi.
Ini kerana dalam tempoh berpantang, penghasilan susu adalah sangat banyak (massive).
Ibu juga mempunyai banyak masa pada waktu cuti berpantang, untuk mengumpul stok untuk keperluan bayi apabila masuk kerja nanti.
Ibu boleh biasakan diri mengempam menggunakan kaedah tandem nursing iaitu sebelah payudara menyusui bayi dan sebelah lagi mengempam.
Dengan kaedah ini, susu akan lebih banyak lagi terhasil.
Selain itu, ibu juga digalakkan menggunakan pam jenis double iaitu dapat mengempam kedua-dua belah payudara serentak. Hasilnya pasti memberangsangkan! :)
Selepas ibu memahami konsep Demand And Supply ini, barulah ibu boleh mengambil produk tambah susu bagi menjayakan penyusuan susu ibu selama lebih 2 tahun atau mengikut keperluan anak.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan konsep demand and supply dalam penyusuan ini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Idailani Binti Abdul Ghani
♥ sms/whatsApp: 016-3600977
♥ Emel : idailaniabdulghani@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/onestop.babyshop/  sila klik LIKE utk info terkini

No comments:

Post a Comment