Sunday, October 19, 2014

Jamu vs Supplement - Episode 1

Assalamualikum w.b.t

Apa yang saya nak bincangkan hari ini ialah perjalanan saya bersama jamu dan supplement semasa berpantang untuk keempat-empat cahaya mata saya.

Saya faham ramai ibu dan bakal ibu masih tercari-cari jamu atau supplement yang terbaik semasa proses berpantang nanti.

Tapi orang-orang sekarang banyak mengambil sikap ambil mudah. Tak kisah makan ja apa yg boleh. Bagi mereka kalau berpantang mana nak dapat khasiat untuk menyusu babykan.

Jangan silap ya, time pantang la kita perlu menjaga kesihatan untuk kembalikan tenaga dan betulkan urat-urat yang telah mengembang semasa proses kehamilan dan kelahiran. Haaa jangan nangis kalau suami lari ya.

Apa yang saya nak bimcagkan di sini adalah pengalaman saya berpantang ke empat-empat anak saya.

Anak sulong
Anak sulong saya dilahirkan secara c-section pada 5 Ramadhan 1427H @ 9 October 2005 @ 7.32pm, memandangkan anak sulong tiada pengalaman begitu juga emak saya. Dah kena telefon sana sini tanya bagaimana jaga orang bersalin czer ni. Kebetulan sepupu saya juga bersalin secara czer. Jadi mak tanya makcik nak bagi makan apa. Kalau ikutkan mak, bersalin normal minggu pertama makan ikan talang kering dan lada hitam nasi panas-panas selama seminggu. Awal-awal sedap lakan. TAPI yang bestnya kena makan ikan haruan hidup, saya memang tak makan ikan sungai@air tawar, dahtu ikan haruan ni kepala dia lain macam kan. Suami pun cari la ikan haruan. Balik dari hospital terus mak jamu nasi dengan kepala ikan haruan 😱😱😱 oh no kepala!!! Saya jamah sedikit jer. Air memang di sukat.



Mohamad Rafiq Haririe...sekarang dah jadi big brother

Masa tu saya dah beli jamu. Jamu Afiat ni sebab bajet sebab kahwin muda dan tengah study so duit so so saja dan orang jual jamu cakap elok jamu ni. Beli la. (Tak kenal Shaklee lagi, internet pun tak canggih macam sekarang)




Jamu Afiat



Yang luaran punya saya guna habis sepanjang tempoh berpantang. Tp yang pil-pil dan minuman akar kayu semua tu...ada juga yang masuk tong sampah dan sinki. ..😆 ( Jamu tak habis sebab baby kena kuning)

Yang tak bestnya tak boleh bengkung. ..perut kalau czer ni jangan ckp la. ..jadi lepas 2 minggu saya bengkung juga tapi longgar la. .

Selepas sebulan check up baby yang pertama. Luka semua cantik..rahim dah kecut...tapi nurse cakap luaran ja sembuh dalaman tak tau macam mana. Jadi nurse cadangkan makan limau Sunkist, bila mak dengar dia cuak sebab dia memang konservatif.

Bermula perjalanan baru, makcik mengurut datang then mak tanya pasal limau..Makcik tu cakap boleh sebab Vitamin C bertindak untuk sembuhkan luka. Bahagianya dapat makan buah.

Pastu makcik ngurut ni advice makan supplement, masa tu ELKEN. Macam orang mengantuk di sorong bantal ye kan jer. Jadilah ahli. Masa tu join ahli dapat free supplements colostrum.

Di sebabkan mak yang jaga pantang itu ini..YES!!! dalam masa 1 bulan berat back to normal.


Sampai di sini untuk anak pertama...ikuti sambungan kisah Anak kedua nanti. .masih dengan jamu...

No comments:

Post a Comment