Tuesday, October 21, 2014

Konsep Demand And Supply Dalam Penyusuan


 Stock EBM semasa berpantang anak ke-4
Seringkali saya ditanya oleh ibu-ibu, bagaimana nak banyakkan susu badan?
“Apakah produk untuk tambah susu badan? susu saya sikitlaa… baby tak kenyang, asyik nangis jer. Bila bagi susu, baby minum tergopoh gapah, breast saya pun ringan jer, kempis :( sampai sakit puting saya sebab baby duk ngempeng je!”
— “Ada tak produk tambah susu badan?”
Inilah soalan yang sering ibu-ibu ajukan kepada saya.
Wahai ibu-ibu, sebenarnya TIDAK ada produk atau ubat yang boleh memperbanyakkan susu badan!
Konsep asas dalam menjayakan penyusuan ialah DEMAND AND SUPPLY!
Inilah satu-satunya cara untuk memperbanyakkan susu badan.

APAKAH KONSEP DEMAND AND SUPPLY?

Demand And Supply ialah Konsep Permintaan dan Bekalan. The more demand, the more milk will be supplied.
Semakin kerap payudara kita dirangsang (bayi menyusu, payudara dipam atau diperah), semakin banyaklah susu akan dihasilkan.
Jadi, YAKINlah bahawa susu yang dihasilkan oleh badan anda itu CUKUP untuk bayi anda.
Dengan konsep supply ini, yang penting sekali ialah
“Berapa banyak susu yang bayi perlukan.”
BUKAN
“Berapa banyak susu yang ibu ada.”

YAKINlah bahawa payudara si ibu akan sentiasa menghasilkan susu selagi bayinya memerlukannya.

TEKNIK LEKAPAN SEMPURNA

Teknik Lekapan Yang Betul
Ibu tidak dapat memberi kepuasan kepada bayi dalam penyusuan sekiranya cara lekapan salah.
Ini boleh menyebabkan bayi tidak puas menyusu dan kelihatan seperti tidak kenyang.
Ibu pula akan berandaian bayinya TIDAK CUKUP SUSU.
Cara lekapan yang salah pada mulanya akan menyebabkan susu tidak dapat diminum oleh bayi. Lama kelamaan susu ibu itu sendiri akan berkurangan.
Oleh itu, pastikan lekapan mulut bayi pada puting payudara anda betul.

ANDAIAN

Ibu juga selalu berandaian apabila payudaranya telah kosong, rasa ringan, tidak penuh dan tidak tegang seperti dalam tempoh berpantang dahulu, maka susu telah berkurangan.
YAKINlah bahawa susu anda CUKUP kerana kuantiti susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan anak dari masa ke semasa.
Apa perlu ibu lakukan? Sentiasa kosongkan payudara. Ini kerana semakin ibu kerap mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan terhasil.
Tubuh badan manusia bertindak mengikut keperluan, melalui rangsangan yang diberikan kepadanya.

RANGSANGAN

Ibu yang bekerja boleh memulakan aktiviti mengempam dalam tempoh seminggu selepas bersalin lagi.
Ini kerana dalam tempoh berpantang, penghasilan susu adalah sangat banyak (massive).
Ibu juga mempunyai banyak masa pada waktu cuti berpantang, untuk mengumpul stok untuk keperluan bayi apabila masuk kerja nanti.
Ibu boleh biasakan diri mengempam menggunakan kaedah tandem nursing iaitu sebelah payudara menyusui bayi dan sebelah lagi mengempam.
Dengan kaedah ini, susu akan lebih banyak lagi terhasil.
Selain itu, ibu juga digalakkan menggunakan pam jenis double iaitu dapat mengempam kedua-dua belah payudara serentak. Hasilnya pasti memberangsangkan! :)
Selepas ibu memahami konsep Demand And Supply ini, barulah ibu boleh mengambil produk tambah susu bagi menjayakan penyusuan susu ibu selama lebih 2 tahun atau mengikut keperluan anak.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan konsep demand and supply dalam penyusuan ini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Idailani Binti Abdul Ghani
♥ sms/whatsApp: 016-3600977
♥ Emel : idailaniabdulghani@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/onestop.babyshop/  sila klik LIKE utk info terkini

Tips mengelakkan masalah susu kering seawal waktu pantang


Tips mengelakkan masalah susu kering seawal waktu pantang
1)Fahami konsep perut bayi hanya sebesar guli di awal kelahiran. Memang cukup susu yang kita hasilkan walaupun tak memancut- mancut.
2)Fahami konsep susu ibu ni mudah hadam. Sebab tu lah bayi cepat meminta susu dan kerap sangat menyusu.
3)Fahami konsep supply and demand. Bila bayi nak menyusu, terus susu kan. Jangan tangguh- tangguh. Lepas bayi menyusu, pam payudara untuk pastikan payudara tu betul- betul kosong. Bila betul- betul kosong, otak akan terima signal untuk cepat- cepat hasilkan susu semula
4)Jika bayi yang baru lahir terus tidur (ni biasa fenomena untuk bayi yang ibu ambil epidural semasa bersalin, atau bayi yang terkena jaundice yang teruk), ibu perlu perah susu, menggunakan kaedah Marmet. kenapa kaedah Marmet (perahan tangan)?. Kenapa bukan menggunakan pam? Ini disebabkan oleh rangsangan terbaik untuk payudara adalah yang pertama, dari bayi sendiri. Kedua melalui kaedah marmet (perahan tangan), ketiga baru menggunakan pam yang dibeli. Perah, simpan dan susukan bila bayi bangun.
5)Jangan sesekali kenalkan susu formula. Ia akan mengganggu rutin dan penerimaan bayi terhadap susu ibu.
6)Jangan kenalkan botol susu terlalu awal. Kalau tak boleh langsung nak susukan bayi secara direct, guna kaedah "spoon feeding", iaitu kaedah memberi susu kepada bayi menggunakan sudu. Ini untuk mengelakkan "nipple confusion".

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Idailani Binti Abdul Ghani
♥ sms/whatsApp: 016-3600977
♥ Emel : idailaniabdulghani@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/onestop.babyshop/  sila klik LIKE utk info terkini

Monday, October 20, 2014

Keajaiban Susu Ibu Yang Tiada Tandingan



Penghasilan susu ibu ditentukan oleh sejenis hormon di dalam badan ibu, iaitu hormon prolaktin. Hormon ini dirembeskan oleh kalenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung, hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik saja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin terus meningkat. Peningkatan hormon prolaktin seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seseorang bayi.


Fenomena hebat dan ajaib ini telah disusun oleh Allah s.w.t. supaya nutrisi yang sangat bernilai ini disediakan tepat pada masanya apabila bayi memerlukannya, iaitu sebaik saja dilahirkan. Semasa di dalam kandungan, plasenta memainkan peranan untuk membekalkan segala nutrisi dan keperluan lain kepada bayi. selepas dilahirkan, bayi akan terpisah dengan plasentanya dan Allah s.w.t. telah menggantikan dengan sesuatu yang baru sebagai sumber nutrisi mereka, iaitu susu Ibu. (Sesungguhnya Allah Maha Pemurah)

Para saintis telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghasilkan satu formula nutrisi yang menyamai susu ibu, namun tidak berjaya. Ini kerana setiap ibu menghasilkan susu yang berlainan antara satu sama lain. Antibodi, hormon, vitamin-vitamin dan garam mineral di dalam setiap susu ibu bergantung kepada keperluan bayi susuannya. (Maha Hebat Ciptaan Allah).

Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. Dari darah yang merah yang mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah ibu, bercampur dengan zat-zat makanan dari usus, kemudian diproseskan di kalenjar-kalenjar yang terletak di payudara ibu, seterusnya berupaya menhasilkan satu nutrisi yang begitu hebat sekali.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Idailani Binti Abdul Ghani
♥ sms/whatsApp: 016-3600977
♥ Emel : idailaniabdulghani@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/onestop.babyshop/  sila klik LIKE utk info terkini


5 Cara Meningkatkan Bekalan Susu Badan (ASI)


Walaupun menyusui mungkin merupakan cara alami untuk memberi makan anak yang baru lahir anda, ia tidak sentiasa yang paling mudah. Pelbagai masalah boleh timbul ketika belajar untuk menyusu, bekalan susu yang rendah menjadi antara yang paling biasa. Kembali bekerja, keletihan, dan hanya tidak cukup makan atau minum yang kurang boleh menjadi penyebab untuk pengurangan bekalan susu ibu. Mujurlah, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan tentang hal itu; cuba salah satu atau lebih daripada lima rumah solusi umum untuk meningkatkan bekalan susu anda.

1. Pam atau menyusu dengan lebih kerap. Jika anda secara eksklusif menyusukan bayi anda, cuba menggunakan pam payudara dan mengepam selama lima hingga sepuluh minit selepas setiap sesi kejururawatan. Anda juga boleh cuba menambah sesi mengepam atau dua untuk rutin anda pada siang hari untuk sistem bekalan anda, seperti Perkara pertama pada waktu pagi atau semasa bayi anda tidur atau tidur siang. Gunakan pam gred hospital jika anda boleh? terutamanya jika anda secara eksklusif mengepam; itu akan membantu untuk lebih efisien mengeluarkan susu anda.

2. Minum banyak air. Melihat berapa banyak air yang anda minum semula di siang hari; adakah ia cukup? Cuba minum segelas air setiap kali selepas menyusu bayi anda untuk memastikan bahawa kadar air yang anda minum mencukupi.

3. Rehat dan bersantai. Walaupun ia boleh menjadi sukar untuk mendapatkan rehat yang banyak dengan bayi yang baru lahir, berusaha untuk mengurus diri sendiri, berehat apabila anda boleh, dan tidur yang cukup. Cuba untuk tidur sebentar di siang hari atau hanya berehat di sofa dengan si kecil.

4. Makan oat. Ramai ibu-ibu yang baru telah mengatakan bahawa menambah oatmeal untuk diet mereka meningkatkan bekalan susu mereka. Cuba dapatkan semangkuk oatmeal untuk sarapan, atau makanan ringan di oatmeal-granola pada siang hari.

5. Jauhi puting tiruan (pacifier). Ini boleh membantu untuk mengambil puting jika bayi anda menggunakannya; nya perlu menghisap akan memastikan masa yang cukup dihabiskan pada payudara supaya bayi diberi makan dan bekalan anda sudah mencukupi.

Banyak ibu juga bergantung kepada ubat-ubat herba, seperti halba, untuk meningkatkan bekalan mereka. Walaupun ia boleh menjadi satu penggalak susu ibu jangka pendek, anda harus sentiasa berunding dengan doktor anda sebelum mengambil ubat-ubat herba.

Sunday, October 19, 2014

Set Berpantang / Bersalin Shaklee Basic

Assalamualaikum w.b.t







Jom kita tengok apa yang ada dalam SET BERPANTANG SHAKLEE.




- Vitalea/Multivitamin
Memandangkan ibu² kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu² perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.







- B Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.







- Vitamin C
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa.Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.







- Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi

Kelebihan Set Berpantang Shaklee
- Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
- Boleh terus diambil walaupun anak ade juandis (kuning)
- Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan
- Dapat membantu ibu mengurangkan stress
- Dapat membantu ibu memberikan tenaga sepanjang tempoh bersalin

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Idailani Binti Abdul Ghani
♥ sms/whatsApp: 016-3600977
♥ Emel : idailaniabdulghani@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/onestop.babyshop/  sila klik LIKE utk info terkini

Jamu vs Supplement - Episode 1

Assalamualikum w.b.t

Apa yang saya nak bincangkan hari ini ialah perjalanan saya bersama jamu dan supplement semasa berpantang untuk keempat-empat cahaya mata saya.

Saya faham ramai ibu dan bakal ibu masih tercari-cari jamu atau supplement yang terbaik semasa proses berpantang nanti.

Tapi orang-orang sekarang banyak mengambil sikap ambil mudah. Tak kisah makan ja apa yg boleh. Bagi mereka kalau berpantang mana nak dapat khasiat untuk menyusu babykan.

Jangan silap ya, time pantang la kita perlu menjaga kesihatan untuk kembalikan tenaga dan betulkan urat-urat yang telah mengembang semasa proses kehamilan dan kelahiran. Haaa jangan nangis kalau suami lari ya.

Apa yang saya nak bimcagkan di sini adalah pengalaman saya berpantang ke empat-empat anak saya.

Anak sulong
Anak sulong saya dilahirkan secara c-section pada 5 Ramadhan 1427H @ 9 October 2005 @ 7.32pm, memandangkan anak sulong tiada pengalaman begitu juga emak saya. Dah kena telefon sana sini tanya bagaimana jaga orang bersalin czer ni. Kebetulan sepupu saya juga bersalin secara czer. Jadi mak tanya makcik nak bagi makan apa. Kalau ikutkan mak, bersalin normal minggu pertama makan ikan talang kering dan lada hitam nasi panas-panas selama seminggu. Awal-awal sedap lakan. TAPI yang bestnya kena makan ikan haruan hidup, saya memang tak makan ikan sungai@air tawar, dahtu ikan haruan ni kepala dia lain macam kan. Suami pun cari la ikan haruan. Balik dari hospital terus mak jamu nasi dengan kepala ikan haruan 😱😱😱 oh no kepala!!! Saya jamah sedikit jer. Air memang di sukat.



Mohamad Rafiq Haririe...sekarang dah jadi big brother

Masa tu saya dah beli jamu. Jamu Afiat ni sebab bajet sebab kahwin muda dan tengah study so duit so so saja dan orang jual jamu cakap elok jamu ni. Beli la. (Tak kenal Shaklee lagi, internet pun tak canggih macam sekarang)




Jamu Afiat



Yang luaran punya saya guna habis sepanjang tempoh berpantang. Tp yang pil-pil dan minuman akar kayu semua tu...ada juga yang masuk tong sampah dan sinki. ..😆 ( Jamu tak habis sebab baby kena kuning)

Yang tak bestnya tak boleh bengkung. ..perut kalau czer ni jangan ckp la. ..jadi lepas 2 minggu saya bengkung juga tapi longgar la. .

Selepas sebulan check up baby yang pertama. Luka semua cantik..rahim dah kecut...tapi nurse cakap luaran ja sembuh dalaman tak tau macam mana. Jadi nurse cadangkan makan limau Sunkist, bila mak dengar dia cuak sebab dia memang konservatif.

Bermula perjalanan baru, makcik mengurut datang then mak tanya pasal limau..Makcik tu cakap boleh sebab Vitamin C bertindak untuk sembuhkan luka. Bahagianya dapat makan buah.

Pastu makcik ngurut ni advice makan supplement, masa tu ELKEN. Macam orang mengantuk di sorong bantal ye kan jer. Jadilah ahli. Masa tu join ahli dapat free supplements colostrum.

Di sebabkan mak yang jaga pantang itu ini..YES!!! dalam masa 1 bulan berat back to normal.


Sampai di sini untuk anak pertama...ikuti sambungan kisah Anak kedua nanti. .masih dengan jamu...

Friday, October 17, 2014

Mendidik Isteri Cara Rasulullah S.A.W



Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah SWT:
“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”
Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.
Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.
Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.
Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”
Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:
“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.
Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.
Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.
Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.
Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.
Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.
Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata,“Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

Sumber: http://www.one-ummah.net/

Monday, October 13, 2014

Cara Pengurusan Susu EBM

EBM bermaksud expressed breast milk iaitu susu ibu yang diperah atau dipam untuk simpanan atau diberikan kepada bayi. Kebiasaannya bagi mommies yang bekerja memang kena kerap sediakan EBM ni supaya bayi tetap dapat menyusu susu ibu, juga dapat pastikan susu ibu terus dihasilkan.
Bagi mommies yang pertama kali menyusukan bayinya, mesti ada perkara atau soalan yang kurang pasti dalam pengendalian EBM seperti berapa lama EBM boleh disimpan, bagaimana cara nak menyimpan EBM, bagaimana cara cairkan EBM dan pelbagai isu yang lain.
So entri kali ni saya nak sedikit sebanyak info bagi memberi lebih kefahaman bagi mommies cara pengendalian EBM yang betul. Semoga mommies mendapat manfaat dari sharing ini :)

Tempoh Penyimpanan EBM

Mommies boleh refer pada jadual ringkas tempoh masa penyimpanan EBM yang saya ambil dari website http://kellymom.com/. Sebaiknya mommies print dan tampalkan di mana-mana tempat yang senang nampak i.e pintu peti ais.

Jadual Cara Pengurusan Stok Susu EBM

Cara Menyimpan Susu Perahan

1. Gunakan Bekas atau Plastik Yang Kecil
Simpan susu perahan dalam bekas atau plastik yang kecil. Seeloknya bekas tersebut boleh memuatkan 1-4 Oz sahaja bagi memudahkan penyimpanan dan mengelakkan susu terbazir. Bagi EBM yang ingin dibekukan lebih sesuai sekiranya menggunakan bekas plastik manakala bagi EBM yang ingin disimpan dalam bentuk 'chill' sahaja lebih sesuai disimpan dalam botol plastik kerana mudah dipanaskan.
Contoh kaedah menyimpan susu perahan ataupun juga dikenali sebagai EBM
2. Catat Tarikh Setiap Perahan
Setiap kali memerah susu, catatkan tarikh perahan pada sticker putih dan lekatkan pada setiap bekas. Sangat penting untuk memudahkan mommies mengetahui expiry date setiap stok susu tersebut. Pastinya mommies taknak berlaku kejadian terbagi bayi susu yang sudah expire bukan?
3. Cara Cairkan Susu Beku
Untuk mencairkan susu yang beku, keluarkan daripada freezer dan letakkan di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Atau boleh juga letakkan dibawah air paip yang mengalir supaya susu yang beku tersebut cair lebih cepat. Elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik contohnya, letak susu atas meja di dapur atau di sinki.
4. Cara Campurkan Susu Perahan
Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.
  • Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.
  • Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.
5. Cara Panaskan Susu Perahan
Panaskan botol susu (yang dah dicairkan) di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas. Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur kerana suhu yang terlalu panas boleh menghapuskan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat. Sekiranya terdapat baki susu, sila pastikan baki susu tersebut diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.
Cara Memanaskan Susu EBM Dengan Kaedah Rendaman

Power Pumping

POWER PUMPING ~ salah satu kaedah meningkatkan penghasilan susu badan
Apa itu Power Pumping? 
  • teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
  • melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik
  • Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping? 
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu. 
  • Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc. 
  • Ibu berkerjaya yang sibuk hingga tidak dapat mengepam mengikut jadual masa tertentu di tempat kerja.
Bagaimana Nak Buat Power Pumping? 

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam (walaupun susu tak keluar, tak pe habis kan sesi sejam tu).

Macammana tu ?? Haaa, ini dia secara ringkasnya :-

0-10min : Pam B1                                                                 
10-20 min : Pam B2                                                                 
20-30 min : Pam B1                                                                 
30-40 min : Pam B2                                                                
40 – 50 min : Pam B1                                                                
50 – 60 min : Pam B2 
                              Nota : bergilir2 payudara sebelah kanan dan kiri. Buat sehingga sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam (waktu rehat tu cuba minum seteguk air ok).


Ini pulak kalo anda guna double pumping :-


0-10min : Pam
10-20 min : Rehat
20-30 min : Pam
30-40 min : Rehat
40 – 50 min : Pam
50 – 60 min : Rehat

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu 
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

 Tips umum mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  •  Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam. (saya suka teknik nie, lumba sama ada baby kenyang dulu atau botol penuh dulu.., baby saya pun macam dah faham je, ehehehehe)
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-3jam sekali
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :) 
  Untuk mama-mama diluar sana yang mengambil suplemen bagi menjayakan penyususan, anda haruslah :- 
  • Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya. 
Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil. Allah menjadikan penghasilan susu ibu based on DEMAND vs SUPPLY rules. 
  • Minum air sebanyak 3 liter. 
Minum sedikit tetapi istiqamah, Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita. Saya selalu memesan pada ibu-ibu untuk sukat air minuman supaya kita tahu berapa kita dah minum setiap hari. Cara mudah, sediakan bekas air 1L, letak di tempat yang senang Nampak dan senang dicapai. Habis kan setiap 1L dari pagi – lunch hour, lunch hour-petang, petang-malam. InsyaAllah, ianya mudah. 
  • DOA yang berterusan.
Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Disamping itu boleh amalkan baca surah al-waqiah dan zikir.

Credit:
naluriibu.blogspot.com

Sunday, October 12, 2014

Kelebihan Dan Kebaikan Vita-Lea Shaklee

Apa itu Vita-Lea Shaklee?

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. 



Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. 

Setiap tablet mengandungi    30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.



Tablet "Vita-Lea" ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. 

Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. 

Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama:

Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.

Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod.

Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea

Vita A -        Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung          berdarah.

Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf,  baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

Klik sini untuk lihat produk VitaLea Iron Formula Shaklee.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Idailani Binti Abdul Ghani
♥ sms/whatsApp: 016-3600977
♥ Emel : idailaniabdulghani@gmail.com 
♥ Fb: www.facebook.com/onestop.babyshop/  sila klik LIKE utk info terkini